~ ‘East Coker’, T.S. Eliot ~
Light and Stillness
The gate was open that evening, at about five o’clock on 9 April 2008. We could not resist stepping into so mysterious a place—and at the heart of the campus no less! What awaited us was a spectacle we had never seen before, nor would ever see again on our return visits: all was still but the dust particles dancing in the shafts of afternoon light, gloriously pouring in through the openings above the gallery on the west side—a scene of theatricality in a dead theatre. For that is what it undeniably was; and yet, amidst the pervasive dark air of death there was something adamantly alive.
We knew at that time that the Experimental Theatre was a cultural icon—an important part of the University’s, and the nation’s, heritage. And how unfortunate that it was for years invisibly tucked away in the heart of the University and ignored by the masses.
Theatre and Theatricality
In the last quarter of 2009, news of its impending restoration stirred in us a desire to ‘capture’ the place as it was, in all its raw beauty and gritty grandeur. But we did not want to stop at pictures of the building—we wanted to take pictures built around the theme of ‘theatre and theatricality’, to convey a sense of the E.T.’s function as much as its form. We sought to evoke a sense of place, and of the formidability of the theatre.
Resurrection
One may wonder, just how much mileage one can get out of a ruined theatre? Quite a bit, apparently! We traipsed into a world that was beyond our imagination, and it gets richer with every repeated visit. The E.T. has been resurrected, and we are honoured to have had this opportunity to write the prologue to the next phase of its bid to be the centre of performing arts in the University of Malaya and beyond.
Enjoy the ‘show’!
*****
Cahaya dan Kesunyian
Pintu ke tapak pembinaan luas terbuka pada petang 9 April 2008, lebih kurang pada pukul lima petang, seolah-olah menjemput kami masuk menerokai tempat yang penuh misteri—di tengah-tengah kampus tidak kurangnya! Kami begitu terpukau dengan aliran cahaya matahari yang dengan megahnya memancar masuk melalui bukaan di atas galeri—satu pemandangan yang penuh keteateran meskipun di dalam bangunan teater yang sewajarnya digelar mati namun terdapat unsur-unsur sebuah jiwa yang tidak kenal maksud maut.
Kami sedar bahawa Panggung Eksperimen merupakan satu ikon budaya yang unggul dan unik dalam sejarah warisan teater Universiti Malaya dan negara Malaysia. Namun demikian, permata ini bertahun-tahun tidak dipedulikan oleh warga Universiti.
Teater dan Keteateran
Pada suku terakhir 2009, berita pemulihan Panggung Eksperimen yang akhirnya disambung semula telah mencetuskan ilham untuk menghasilkan karya-karya fotografi yang mampu menyampaikan keindahan dan keagungan panggung ini. Projek penggambaran kami berasaskan tema ‘teater dan keteateran’—bukan sekadar gambar-gambar yang hanya menampilkan seni bina Panggung Eksperimen.
Pada lawatan ketiga kami—iaitu pada Oktober 2009—kami telah mencipta replika ‘teater hidup’ yang lengkap dengan pelakon, lampu pentas, para penonton, pemuzik dan bilik persediaan. Matlamat kami adalah untuk menampilkan aspek fungsi dan rupa Panggung Eksperimen, dengan konsep Bahasa Perancis “mise-en-scène” yang merangkumi unsur-unsur tampak seperti pencahayaan, ruang, seni reka set, dan kostum/busana.
Kehidupan Semula
Banyak juga gambar yang boleh ditangkap di teater yang serba binasa! Kami telah melangkah masuk ke dalam suatu dunia yang telah, dan masih, melampaui imaginasi kami. Panggung Eksperimen kini hidup semula, dan kami amat bersyukur kerana berpeluang menyumbang kepada sejarah perkembangan warisan ini yang sedia meraih semula kedudukannya di pusat dunia seni pertunjukan, di dalam mahupun di luar Universiti Malaya.
Ikhlas daripada kami, nikmatilah ‘persembahan’ ini!
*****