History of the Theatre
Theatre has existed since the art of storytelling via the media of drama, music, and dance brought about the necessity for a building or space for giving such performances before an audience. The word originates from the Greek “theatron” which means “a place of seeing”.
In Ancient Greece (5th century B.C.) the first theatres were constructed in natural hollows between two hills, a design the Romans later improved upon with vaulting construction which enabled the tiered auditorium to be built on flat ground. The Renaissance (16th century) saw the advent of permanent indoor theatres, when the stage was first framed by a proscenium arch (frame structure that separates stage from auditorium). Public theatres of Elizabethan England were open to the sky, with the audience looking down from tiered galleries or up from a courtyard to view the stage.
Richard Wagner's Bayreuth Festspielhaus (or Bayreuth Festival House, built 1876) in Germany reintroduced classical principles of theatre design that are still in use, namely a steep, fan-shaped seating plan, a concealed orchestra pit, and for the first time the auditorium was darkened during the performance.
Innovations in the 20th century were stage machinery and stage lighting became an art of its own, while an appreciation for smaller, flexible theatre spaces encouraged the rise of “studio theatres”. Today, art forms presented at various theatre venues include drama, musical, dance, instrumental, and orchestra.
Adapted from The New Encyclopedia Britannica, 15th edition (2007).
Chart 1: Development of theatre through the ages
Carta 1: Perkembangan seni bina teater menurun zaman.
The Birth of the E.T.
The beginnings of the Experimental Theatre (E.T.) date back to the mid-sixties when it was built together with the Dewan Tunku Canselor (DTC). Both the DTC and E.T. were designed and constructed by Dato’ Kington Loo of BEP Architects. Designed with a strong influence of Brutalist architecture and the Modernist movement, the building was constructed mainly from a bare concrete structure using egg-crate reinforced concrete and béton brut (architectural concrete left unfinished or roughly-finished after pouring and left exposed visually) imprints.
Back in those days, the E.T. featured a common layout including an arena stage (seats surrounded the stage all-round) and a proscenium stage (seats divided from the stage by a proscenium arch). One of the unique features of the E.T. was its motorized arena stage, which used to be the only one in Malaysia. It was constructed with motors installed in such a way that allowed the stage to rotate. The E.T. had dim lighting, old designs, and a dull atmosphere, with mobile stair-like seats. There was also a storage basement with a ramp that allowed for the lifting and lowering of instruments.
The University of Malaya was the centre of a vibrant arts scene in the early seventies. The E.T. was very much alive, once known as the premier avant garde venue that staged Naga Naga and The Crucible. Budding talents were nurtured, and Che Shamsuddin Othman (Dinsman) made his name here, while Sagul Hamid and Zubir Ali started singing at one of the events. The E.T. defined the era as many theatre practitioners, such as Syed Alwi, Rahim Razali, Faridah Merican, Kee Thuan Chye, Dr Anuar Ahmad and Mano Maniam, staged their plays or acted there.
On Friday, 29 June 2001, a pre-dawn fire gutted the DTC, but the E.T. was not affected. Renovations of the E.T. were undertaken circa 2001, but this work was never completed beyond a modification of the ultrastructure. For nearly ten years the E.T. was left abandoned. In early 2009 the E.T. was declared a National Heritage, and later on 21 October that same year, site possession was handed over to the appointed contractor and restoration of the E.T. was finally resumed. Currently the refurbished E.T. is nearly complete with a construction cost of approximately RM20 million.
Fig. 1: Aerial view of the Experimental Theatre, pre-2001.
Rajah 1: Pandangan atas Panggung Eksperimen, sebelum 2001.
The E.T. Today
The layout of the present Experimental Theatre builds upon Richard Wagner's original concept, incorporating modern innovations and systems. It features a proscenium stage, with a ramp leading to basement rooms that serve as a green room (waiting room or touch-up lounge for performers). In front of the stage is a hydraulic platform, which when raised serves as an extension to the front of the stage, and when lowered as an orchestra pit. Hidden above the stage is a structure of grids and rigging to accommodate modern sound and lighting systems. The auditorium consists of tiered stalls and a gallery (balcony or raised seating platform).
When it comes to the stage, terms like “left”, “right”, “front”, and “back” are confusing. Hence stage locations are generally referred to based on the actors' orientation: “stage left”, “stage right”, “up-stage”, and “down-stage”. [See Fig. 2 and Fig. 3 below]
*****
Sejarah Teater
Teater telah lama wujud iaitu sejak seni penceritaan melalui drama, muzik, dan tarian mula memerlukan suatu bangunan atau ruangan dibina bagi mementaskan persembahan tersebut di hadapan penonton. Perkataan “teater” berasal daripada perkataan Yunani kuno “theatron” yang bermaksud “tempat menyaksikan”.
Pada zaman Yunani purba (abad ke-5 S.M.) pentas perkembangan teater awal cuma diadakan menggunakan pentas semulajadi iaitu lembah di antara dua bukit. Walau bagaimanapun, reka bentuk ini kemudiannya telah dikembangkan oleh masyarakat Rom dengan pembinaan kubah yang membolehkan auditorium bertingkat dibina atas tanah rata. Pada zaman Renaissance pula, bilik-bilik teater telah dibina, dan untuk pertama kalinya pentas tersebut berbingkai menggunakan arca proscenium (struktur berbingkai yang memisahkan pentas daripada auditorium). Teater-teater awam pada zaman Inggeris Elizabethan (abad ke-16) bersifat terbuka, di mana para penonton perlu memandang ke bawah dari galeri-galeri bertingkat atau ke atas dari halaman untuk melihat pentas.
Richard Wagner telah membina Bayreuth Festpielhaus pada 1876 di Jerman, dan memperkenalkan semula prinsip-prinsip klasik seni bina teater yang masih digunapakai sehingga hari ini, seperti corak tempat duduk yang curam dan berbentuk kipas, pit orkestra yang tersembunyi, dan untuk pertama kalinya, auditorium digelapkan sewaktu persembahan.
Perkembangan dalam abad ke-20 ialah penggunaan mesin panggung dan pencahayaan. Ruangan teater yang lebih kecil dan fleksibel telah membawa kepada perkembangan “teater studio”. Pada hari ini, acara-acara kesenian yang dipersembahkan di bilik teater termasuklah drama, musikal, tarian, instrumental, dan orkestra.
Diubahsuai daripada The New Encyclopedia Britannica, edisi ke-15 (2007).
Permulaan Panggung Eksperimen
Sejarah berkenaan Panggung Eksperimen (P.E.) telah bermula sejak pertengahan tahun 60-an apabila ia telah dibina serentak dengan pembinaan Dewan Tunku Canselor (DTC). Kedua-dua bangunan ini telah direka dan dibina oleh Dato’ Kington Loo daripada BEP Architects. Reka bentuk pembinaan dua bangunan ini dipengaruhi oleh seni bina ‘Brutalisme’ dan unsur-unsur modenisme. Bahan binaan utama yang digunakan dalam pembinaan bangunan ini ialah konkrit bertulang dan berdasarkan imej ‘béton brut’.
Berbalik kepada waktu itu, Panggung Eksperimen menggunakan susun atur biasa termasuk pada bahagian pentas arena (susunan kerusi dibina mengelilingi pentas) dan pentas proscenium (kerusi dipisahkan daripada pentas oleh sebuah arca proscenium). Salah satu ciri unik yang terdapat pada Panggung Eksperimen adalah pentas yang dilengkapi kuasa motor, yang merupakan satu-satunya yang terdapat di Malaysia. Pentas ini dibina dengan motor yang dipasang untuk membolehkan pentas berputar. Selain daripada itu, Panggung Eksperimen ini turut memiliki alat pencahayaan malap, set rekaan lama, dan suasana yang suram, dengan kerusi bertingkat boleh alih. Malah, terdapat juga ruang berlaluan yang disediakan untuk mengangkat dan menurunkan peralatan.
Universiti Malaya merupakan pusat kebudayaan yang terkenal pada awal tahun 70-an. Panggung Eksperimen memainkan peranan penting dan seringkali digunakan untuk pelbagai acara. Malah, ia turut dikenali sebagai pentas acara yang gah dan tersendiri dan turut mempersembahkan persembahan ‘Naga Naga’ dan ‘The Crucible’ pada waktu itu. Banyak bakat-bakat baru juga lahir di sini. Che Shamsuddin Othman (Dinsman) mencipta nama beliau di sini. Begitu juga dengan figura-figura seni yang lain yang telah berjaya menonjolkan bakat mereka seperti Syed Alwi, Rahim Razali, Faridah Merican, Kee Thuan Chye, Dr Anuar Ahmad dan Mano Maniam.
Pada hari Jumaat, 29 Jun 2001, satu kebakaran telah terjadi dan memusnahkan DTC namun tidak menjejaskan Panggung Eksperimen. Usaha baik pulih telah bermula sejak tahun 2001 namun tidak pernah selesai. Selama hampir 10 tahun, P.E. telah dibiar dan diabaikan. Pada awal tahun 2009 P.E. telah diisytiharkan sebagai harta Warisan Kebangsaan dan pada 21 Oktober kemudiannya, P.E. telah diserahkan kepada kontraktor terpilih bagi tujuan baik pulih. Usaha membaik pulih P.E. menelan belanja lebih kurang RM20 juta.
Fig. 2: Aerial view of the Experimental Theatre, post-2001.
Rajah 2: Pandangan atas Panggung Eksperimen, selepas 2001.
Panggung Eksperimen Hari Ini
Ruangan Panggung Eksperimen yang terkini telah dibina berdasarkan konsep asal Richard Wagner, dengan menggabungkan inovasi-inovasi dan sistem-sistem moden. Ia dilengkapi oleh pentas proscenium, dengan satu laluan ke bilik-bilik bawah tanah yang berfungsi sebagai green room (bilik untuk menunggu atau bilik santai untuk para artis). Di hadapan pentas terdapat sebuah platform hidrolik, yang berfungsi sebagai sambungan kepada pentas apabila dinaikkan, dan berfungsi sebagai pit orkestra apabila diturunkan. Ruangan tersembunyi di bahagian atas pentas adalah struktur grid dan rigging yang berfungsi untuk mengawal sistem-sistem suara dan pencahayaan moden. Bahagian auditorium pula terdiri daripada tempat duduk yang bertingkat yang boleh disusun semula, serta sebuah galeri (balkoni atau platform tempat duduk mengangkat).
Di atas pentas, penggunaan istilah seperti “kiri”, “kanan”, “depan”, dan “belakang” adalah mengelirukan. Oleh itu bahagian-bahagian pentas adalah disebut merujuk kepada orientasi para artis: “kiri pentas”, “kanan pentas”, “pentas atas”, dan “pentas bawah”. [Sila rujuk Rajah 2 di atas, dan Rajah 3 di bawah]
Fig. 3: Side elevation, facing north; Experimental Theatre (present day).
Rajah 3: Pandangan sisi, menghadap ke utara; Panggung Eksperimen (kini).
*****